Wednesday, 28 July 2010

~Berdua-Duaan Selepas Bertunang~


"Assalamualaikum w.b.t...kebanyakakn kita di hari ini,bila sudah meminang/bertunang,berfikir sudah ada lesen untuk sentiasa bersama/berdua kemana saja...same2 kita mengambil penyataan dibawah ini untuk membuka pemikiran lebih luas adalah untuk kebaikan seama kita juga...:)" "duduk berdua-duaan bersama wanita atau gadis yang sudah di pinang adalah 'HARAM'.begitu juga jika berduaan bersama ibunya,saudara-saudara perempuannya,atau berduaan bersama para wanita dari kaum kerabatnya.sepertimana yang telah dinyatakan,lelaki diharamkan keluar atau pergi berduaan dengan wanita atau gadis yang telah dipinangnya,tanpa disertai oleh seorang lelaki muhrim dari wanita atau gadis itu; sebelum akad nikah dilaksanakan sebagaimana menurut syara' .penghaeaman tersebut bermaksud mencegah kemungkinan terjadinya perbuatan yang dimurkai Allah.mengenai hal itu,Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,janganlah berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh lelaki muhrimnya,kerana jika lelaki dan wanita duduk berduaan maka pihak ketiganya adalah syaitan". perintah yang dibrikan oleh Rasulullah s.a.w banyak dipandang ringan oleh golongan kaum muslimin.muda mudi bergaul bebas,berduaan dan pergi kemana saja menurut keinginannya.akibatnya banyak pemudi 'HILANG KEHORMATAN,LENYAP KESUCIAN DIRI' ,dan setelah itu semua terjadi,perkahwinan terpaksa dibatalkan,dan akhirnya menderita kerugian dalam segala hal.ada orang yang menyatakan,pergaulan seperti itu diperlukan untuk menguji akhlak di samping mengenal tabiat kedua-dua belah pihak.alasan seprti itu adalah kososng belaka,,sekadar ingin meniru orang barat dan tidak mencerminkan kenyataan yang sebenarnya kerana muda mudi yang masih ada dialam percintaan berusaha mempamerkan diri untuk memperlihatkan perilaku dan perangai semulajadi menurut tabiatnya. keadaan yang sebenarnya tetap bersembunyi dan akan dapat diketahui setelah berkhawin.jalan untuk mengenal tabiat dan akhlak yang sebenar-benarnya ialah berusaha mengenal peri kehidupan keluarga wanita atau gadis yang berkenaan,baik mngenai penhayatan agama,akhlaknya,perilakunya termasuk juga kejiwaannya.ibarat sebatang pokok,cabangnya selalu mencerminkan keadaan batang dan pangkalnya,untuk menambah saling faham-memahami tidak salahnya kalau lelaki yang hendak meminang seorang gadis atau wanita,banyak bergaul terlebih dahulu dengan lelaki-lelaki muhrim dikalangan keluarga serta kerabat wanita atau gadis yang berkenaan.... ini semata untuk perkongsian semata,beringat2 sebelum berlaku yg tidak diingini atau disenangi...//:):):)

No comments:

Post a Comment