Friday, 15 October 2010

~Apa YAng AKu TAhu,Aku Sampaikan...~

Tujuh perkara ganjil.



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan unt...uk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."



" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

by : Mohd Rizal Rosli Putra

Thursday, 14 October 2010

~WANITA~

Wanita.....

Dahulu dirimu tiada nilainya,

Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,

Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan

Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan

ketika kau dewasa kelak.....



Wanita.....

Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi

Selepas Islam tersebar

Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu

Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu



Wanita.....

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah

Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,

Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu

Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu

Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu



Wanita.....

Kau memiliki kelembutan

kelembutanmu mampu menggoncang dunia

Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki

Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah

Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)



Wanita.....

Kau tahu dirimu begitu berharga

Kau tahu dirimu begitu bernilai

Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga



TETAPI.....



Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu

Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?



Adakah kau lupa?

Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!



Adakah kau lupa?

Janji ALLAH itu pasti ...



Wanita.....

Mengapa kau berasa takut dan malu

Selepas nafsumu dipenuhi

Mengapa baru terbit sifat malumu

Ketika kau mendapati dirimu telah hamil

Hasil perbuatan kejimu

dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas

Menggugurkan kandunganmu,

membunuh anakmu,

membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa

walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan
Namun...
Ingatlah

Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,

Ibarat kain putih yang bersih,

Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....

Hakikatnya,

Kau membuang zuriatmu,

Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu

ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,

Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,

Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar

yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,



Wanita.....

Sedarlah.....

Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,

Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan

Yang hanya ingin menghirup madumu,

Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas



Wanita....

Ingatlah dirimu begitu berharga

Biarlah kau dikatakan sombong

Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya

Demi menjaga maruah dirimu

Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu

kepada kekasihmu....

kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....



Wanita....

Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata

Mereka amat bijak dalam tipu daya

Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati

Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai



Wanita.....

Tidakkah kau sedar semua ini

Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu

Tidakkah kau sedar,

Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?



Wanita.....

Sedarlah

Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah

Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam

Hargailah mahkotamu yang sangat berharga

Insaflah dengan perbuatan silammu

masih belum terlambat untuk segalanya

Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'



Wanita....

Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu

kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu

dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....



Wanita....

Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu

Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah

dan disayangi oleh Tuhan-Mu...

~Pesan Seorang Ikhwan~

cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Tuesday, 5 October 2010

~Menjadi Hamba Kepada Yang Maha Pemurah~

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap jodoh pertemuan, ajal-maut dan rezeki adalah semuanya di tangan Tuhan. Maksudnya semua ada di dalam ilmu Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib."
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah s.w.t. melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.
Dalam soal rezeki manusia hanya diminta untuk berusaha , berdo'a dan bertawakkal. Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan aqidah seorang Muslim, Allah s.w.t. adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah s.w.t. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.
Sebagai seorang manusia biasa kadangkala keyakinan dan pergantungan kita kurang kepada Allah s.w.t. Kita menganggap usaha-usaha kitalah penentuaan segala-galanya untuk mendapatkan rezeki. Tetapi seorang Mukmin berbeza pandangan dan keyakinannya. Ikhtiar dan usahanya adalah dalam rangka ibadah tetapi pergantungannya mutlak kepada Allah s.w.t. Jika dia memperolehi sedikit rezeki dia redha dan jika menerima banyak dia bersyukur kepada-Nya.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita lihat satu kisah yang berlaku di Madinah seorang ibu tunggal yg Mukmin lebih yakin dan redha akan rezeki kurniaan Allah s.w.t. daripada seorang seorang ahli perniagaan.
Suatu ketika Madinah di timpa kemarau berpanjangan. Bekalan makanan terutamanya gandum makin berkurangan. Harga barang-barang keperluan turut melambung naik. Bagi yang hartawan sibuk membeli dan menyimpan bekalan makanan yang dikhuatiri akan habis di pasaran. Sedangkan rakyat yang miskin berbelanja hanya seadanya sahaja. Tidak tentu bagaimana nasib mereka jika mungkin di pasar kehabisan makanan. Begitu sekali keadaan yang berlaku, kaum yang berada seolah-olah sangat takut jika terpaksa berhadapan dengan kebuluran.
Di sebuah ladang, seorang tuan ladang yang kaya sedang kebingungan. Setiap tahun hasil ladangnya di bahagi tiga . Sepertiga untuk keperluan keluarga sendiri, sepertiga untuk di sedekahkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan sepertiga lagi untuk benih tanaman musim berikutnya.
Di sebabkan kemarau, hasil ladangnya turut terjejas dan berkurangan. Sukatan yang biasa di gunakan mengalami masaalah untuk mencukupkan pembahagian . Jika diagihkan sepertiga untuk fakir miskin dan sepertiga untuk keperluan keluarga, yang selebihnya tidak mencukupi untuk sukatan benih tanaman berikutnya. Jika dikurangkan simpanan untuk makanan sepanjang tahun , dikhuatiri keluarganya menghadapi kekurangan makanan. Jika di ambil sedikit bahagian untuk fakir miskin, bererti dia mencuri sedekah yang sudah di janjikan. Masaalah ini sangat memeningkan kepala. Tuan ladang lantas pergi meminta nasihat dari ulama’ sufi.
Ulama’ sufi itu mencadangkan kepada tuan ladang : “Di hujung kampung ada seorang ibu tunggal dengan tujuh orang anak yang masih kecil. Pergilah ke rumah mereka dan berikanlah sedekah makanan.”
Tuan ladang mengikut sahaja cadangan ulama’ sufi tersebut. Dia segera menuju ke rumah ibu tunggal miskin yang di maksudkan dengan membawa gandum untuk di sedekahkan.

Ibu tunggal : “Ada apa urusan tuan datang ke pondok saya malam begini?”
Tuan ladang : “Saya membawa gandum untuk keperluan makan anak-anakmu.”
Ibu tunggal : “Anak-anak saya sudah tidur.”
Tuan ladang : “Kamu ambil dan simpan sahaja untuk keperluan hari esok.”
Ibu tunggal :” Apakah tuan dapat menjamin anak-anak saya masih hidup lagi esok.?”
Tuan ladang : “Insya Allah, mudah-mudahan masih hidup lagi esok.”
Ibu tunggal : “Jika demikian, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan bagaimana keadaan hari esok. Tuhan Yang Maha Pemurah yang menentukan hidup anak-anak saya. Maka Dia jugalah yang akan memberikan rezeki untuk mereka, bukannya tuan. Dalam keadaan kemarau dan semua orang menghadapi kesulitan mendapat bekalan makanan saya tidak dapat menerima pemberian ini. Masih ada orang miskin lain yang lebih memerlukannya untuk makan malam ini. Sudah tentunya tidak patut saya menghalang keutamaan orang lain.
Setiap patah kata-kata ibu tunggal beranak tujuh itu memberi kesan mendalam kepada tuan ladang. Spontan jelas dalam jiwa dan fikirannya, ibu tunggal tersebut berkeyakinan penuh kepada ketentuan rezeki dari Allah. Tidak sedikit pun merasa khuatir walau dalam keadaan genting. Malahan masih mampu mengutamakan keperluan orang lain. Tuan ladang merasa tidak patut sama sekali bagi dirinya yang jauh lebih berkemampuan dari ibu tunggal miskin itu di kalahkan oleh keyakinan yang lemah. Sepatutnya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan, dia tunduk dan patuh sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah. Juga dengan senang hati mengagih-agihkan rezeki yang telah Allah amanahkan..
Pertemuan dengan ibu tunggal tersebut juga mendorong tuan ladang bersegera membahagikan sepertiga bahagian hasil tuaian tanamannya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim ,seperti selalunya. Juga sepertiga untuk benih tanaman berikutnya. Manakala untuk keperluan makanan keluarganya, memadai dengan jumlah yang selebihnya. Kini dia telah benar-benar meyakini agihan rezeki yang adil dari Yang Maha Pemurah. Tiada lagi kekhuatiran di hatinya setelah dia meletakkan kedudukan dirinya sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah.
Sahabat yang dikasihi Allah.
Bagaimana sikap kita menghadapi kegawatan kewangan yang kita alami? Dan menghadapi keperluan hidup yang mencabar, dan bagaimana bentuk keyakinan di hati kita? Adakah kita meyakinan akan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t?
Renungkanlah bagaimana seorang ibu tunggal yang mempunyai anak yatim tujuh orang cukup kuat keyakinannya mengenai rezeki daripada Allah. Adakah kita mampu mempunyai keyakinan seperti ini?
Islam sememangnya menganjurkan umatnya sentiasa gigih berusaha mencari rezeki juga membaiki cara hidup. Namun sepenuh pengharapan positif mestilah di serahkan kepada Allah, yang menetapkan kadar rezeki setiap hamba-Nya. Usah sekali-kali kekhuatiran terhadap kepentingan diri sendiri menghalang kita memenuhi hak dan amanah yang telah Allah tetapkan. Sentiasalah ingat kita ini juga adalah hamba kepada Yang Maha Pemurah. Keadaan ini kekal dan tidak berubah sehingga tiba hari perhitungan.
Rasulullah s.a.w mengajar kita berdoa untuk memohon kepada Allah s.w.t. agar mendapat peluang perniagan dan rezeki yang lumayan, maksudnya :
"Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan bala yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu)."
(Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Tabrani)


Sahabat,
Marilah kita ubah sikap tidak mementingkan diri sendiri dan mementingkan keperluan orang lain kerana ini adalah satu peribadi yang mulia dan di tuntut oleh Islam.
Apabila menghadapi sesuatu masaalah kita di galakkan merujuk permasaalahan kita kepada orang yang lebih arif dan berilmu supaya masaalah tersebut dapat di atasi dengan baik.
Teruskanlah bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim kerana ini adalah amalan mulia dan akan di beri ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t.
Keyakinan kita yang mutlak bahawa rezeki itu datang dari Allah s.w.t yang bersifat Maha Pemurah adalah dari keimanan kita kepada Tauhid Rububiyah dan sebagai hamba Allah kita di minta berikhtiar tetapi segala keputusan dan ketetapan datang dari Allah s.w.t dan hendaklah kita meredhainya..

wallahualam...

Monday, 4 October 2010

~Azimat Cinta~

Cahaya cinta menyinar,
berkilau warna,
selautan kasih bercahaya,
bagaikan butiran permata,
seolah terapung dipermukaannya,
aku menjekaki pantai rindu,
menyaksi rintihan berlalu,
ombak resah menghempas diri,
hanyut segala kedukaan,
terbawa jauh dari pandangan....

Walau tidak dibasahi embunan,
namun tempiasnya meyegarkan,
biarpun rambulan tidak diribaan,
namun cahayanya cukup,
menerangi bayangan...

Mengharum cinta dijiwa,
sewangi kasturi syurgawi,
semoga bahagia kembali menyinari,
sanubari kan kekal abadi....

Andai sirnar mentari,
terlindung dibalik redup awanan,
yang berlabuh,
menyingkap Tirai KasihMu,
agar bisa ia menyinarkan cahayanya,
untukku selamanya....

~Hargailah Anugerah Kecantikan~

Hayatilah...


Suatu kisah

Kisah benar belaka

seorang pemuda dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya



Sudah bertahun bersendirian

Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa

Diusulkan emak tersayang



Bukan calang-calang calon yang diusulkan

Lulusan universiti Timur Tengah

Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah

Sejuk mata memandang

Bertudung labuh litup

Pandai berbahasa Arab

Pendek kata tip top!



Si pemuda mulakan istikharah

Hampir berminggu

Setelah meneliti gambar

Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web

Laman Friendster kegemaran ramai

Yang kini Facebook

Satu keajaiban!!!



Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian

Tiba-tiba tergamam

Si gadis masih anggun

Bertudung labuh litup

Namun, bergambar sakan

Aduh!



Terkejut bukan kepalang

Calon solehah direject tanpa ihsan

Bukan menjadi pilihan

Kerana gambar ditayang

Dengan penuh sakan



Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata



Perempuan cantik itu

Tidak memandang dan tidak dipandang



Perempuan cantik itu

Tidak mengenali dan tidak dikenali



Perempuan cantik itu

Tidak menegur dan tidak ditegur



Akhirnya

Solehah kempunan calon soleh

Merayu untuk dipertimbangkan



Tapi sayang sekali

Si Pemuda tetap

Tidak berganjak dengan keputusan



Wahai Muslimah

Aku dan kamu

Mari mempelajari, mencontohi

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka



Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada

Seribu lelaki yang tidak soleh





.....................................................................................





p/s : Wahai muslimah marilah mengambil iktibar..

jadilah muslimah sebenar..

jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu...

sampaikanlah pada sahabat2 kalian..

sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini..



ana postkan pesanan ini buatmu ukhtiku..mungkin kau sudah jemu dengan pesanan2 sebegini.. tp tidak mengapa, selagi hayat ana ada, ana tidak akan jemu utk menyebarkannya.



utk apa? utk siapa? utk bagaimana? bila..dan di mana?

semuanya ada pada diri kita.



jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi..

dalam hati juga mau baik maa..

bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diri ana jua).

simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya.

Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it..



ana bukan nak tunjuk baik, atau berlagak alim..

krn ilmu ana bukan la setinggi ilmu para ustazah @ wali2 ALLAH..

tp ana cuba berusaha utk menjadi muslimah solehah..

biarpun dosa2 lalu belum habis kifarahnya.. tp ana tetap akan berusaha utk menepis dosa2 baru ...



walaupun kamu berNIQAB(berpurdah) sekalipun...

elakkn dr mnjd tatapan umum....krn i2 mgkin mnggundang fitnah buatmu...

by:Halawatul Iman...

~Bersemangat Walaupun Sering Gagal.~

Assalamualaikum Wr.Wb



“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS. Ali Imran, 3:104).

Sebagaimana seruan ayat di atas, orang-orang beriman berikhlas diri dan berupaya menyampaikan kebaikan dan ajaran mulia yang terkandung dalam Al Qur’an. Mereka mengungkapkan kerusakan akhlak yang terjadi di masyarakat yang jauh dari agama. Seiring dengan itu, dengan kehendak Allah mereka pun membimbing manusia ke jalan yang benar. Karena telah merasakan sendiri kenikmatan hidup secara Islami, mereka pun berharap dan berusaha agar orang lain juga mengalami hal yang sama. Selain itu, karena mengetahui neraka benar-benar ada, mereka ingin menyelamatkan semua orang darinya, dengan anjuran menjalani kehidupan yang diridhai Allah. Bahkan keselamatan abadi bagi satu orang saja punya arti besar bagi orang-orang beriman. Inilah yang menyebabkan mereka punya keteguhan untuk mengorbankan apa saja dalam rangka menyelamatkan seseorang dari neraka dan membimbingnya menuju ampunan dan kasih sayang Allah. Mereka bahkan rela mencurahkan waktu berbulan-bulan atau bertahun-tahun, siang dan malam, guna membimbing seseorang agar menerapkan nilai-nilai Islami yang baik. Demikian pula, mereka pun bersemangat mengeluarkan harta kekayaannya untuk tujuan yang satu ini. Semangat yang mereka rasakan memberikan kekuatan yang besar baik secara fisik maupun ruhani. Hingga akhir hayatnya mereka tidak pernah berhenti menyampaikan ajaran Allah dengan cara terbaik dan paling bijaksana.



Meski demikian, sekalipun semua upaya mereka pada akhirnya tidak mendatangkan hasil berupa turunnya hidayah kepada satu orang pun, mereka takkan pernah berputus asa. Sebab, kewajiban seorang mukmin hanyalah menyampaikan pesan Al Qur’an, sedangkan yang sesungguhnya memberikan hidayah kepada seseorang hanyalah Allah. Melalui Al Qur’an kita tahu bahwa banyak penyembah berhala di Mekkah yang tidak memeluk Islam, sekalipun Nabi Muhammad saw. telah melakukan berbagai upaya yang tulus dan sungguh-sungguh. Namun, segenap kerja keras yang telah beliau curahkan tetap mendapatkan ganjaran.



Di dalam Al Qur’an dinyatakan, semua nabi telah menunjukkan kebulatan tekad dan kegigihan yang sama dalam menyampaikan risalah dari Tuhan mereka. Berbagai kesukaran yang mereka hadapi tak pernah mematahkan semangat mereka. Sebaliknya, mereka senantiasa melakukan berbagai upaya untuk mengarahkan umat ke jalan yang benar. Kerja keras penuh semangat yang dilakukan Nabi Nuh a.s., misalnya, telah digambarkan sebagai berikut:



“Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah berdakwah kepada kaumku malam dan siang, namun dakwah itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku berdakwah kepada mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri. Kemudian sesungguhnya aku telah berdakwah kepada mereka (untuk beriman) dengan cara terang-terangan, kemudian sesungguhnya aku (berdakwah kepada) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun’.” (QS. Nuh, 71:5-10).



Sebagaimana diungkapkan dalam sejumlah ayat di atas, Nabi Nuh a.s. telah menyampaikan risalah Allah dengan semangat yang tinggi untuk membukakan hati umatnya kepada jalan keselamatan dan kebahagiaan. Meskipun mereka selalu menolak, namun beliau tidak pernah patah semangat dalam menyampaikan keberadaan Allah beserta sifat-sifat-Nya. Kendati demikian, umatnya yang berkepala batu selalu saja berpaling setiap kali mendengarkan kebenaran. Karena semangat dan rasa suka cita yang dirasakannya dalam menjalankan perintah Allah untuk menyampaikan pesan-Nya, Nabi Nuh a.s. tidak mencela sikap mereka. Sebaliknya, beliau terus saja melanjutkan kewajibannya dengan keteguhan yang tiada surut. Meskipun umatnya menunjukkan keangkuhan, beliau berupaya mencari cara-cara lain yang memungkinkan guna melunakkan hati mereka. Niat beliau adalah untuk menyelamatkan mereka dari kerusakan masyarakat yang jauh dari ajaran Allah dengan cara mengingatkan kepada mereka mengenai kebesaran Allah, baik secara terang-terangan maupun diam-diam.



Perlu senatiasa kita ingat bahawa segenap upaya yang telah dikerahkan Nabi Nuh a.s. dan yang lainnya dalam menyampaikan risalah ini, dengan semangat yang tinggi dan keikhlasan, tidak akan dibiarkan begitu saja tanpa ganjaran. Dengan izin Allah dan kemurahan-Nya, setiap kata yang disampaikan dan setiap saat yang dicurahkan di jalan-Nya akan diberi pahala berlipat ganda.



“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (QS. At Taubah, 9:112).



Wassalamualaikum Wr.Wb

~Mengapa Doa Tak Dimakbulkan~

Pada suatu hari Sayidina Ali Karamallaahu Wajhah, berkhutbah di hadapan kaum Muslimin.
Ketika beliau hendak mengakhiri khutbahnya, tiba-tiba berdirilah seseorang ditengah-tengah jamaah sambil berkata,
"Ya Amirul Mu’minin, mengapa do’a kami tidak diijabah? Padahal Allah berfirman dalam Al Qur’an, “Ud’uuni astajiblakum”
(berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu).
Sayidina Ali menjawab, “Sesungguhnya hatimu telah berkhianat kepada Allah dengan delapan hal, yaitu :
1. Engkau beriman kepada Allah, mengetahui Allah, tetapi tidak melaksanakan kewajibanmu kepada-Nya. Maka, tidak ada mamfaatnya keimananmu itu.
2. Engkau mengatakan beriman kepada Rasul-Nya, tetapi engkau menentang sunnahnya dan mematikan syari’atnya. Maka, apalagi buah dari keimananmu itu?
3. Engkau membaca Al Qur’an yang diturunkan melalui Rasul-Nya, tetapi tidak kau amalkan.
4. Engkau berkata, “Sami’na wa aththa’na (Kami mendengar dan kami patuh), tetapi kau tentang ayat-ayatnya.
5. Engkau menginginkan syurga, tetapi setiap waktu melakukan hal-hal yang dapat menjauhkanmu dari syurga. Maka, mana bukti keinginanmu itu?
6. Setiap saat sengkau merasakan kenikmatan yang diberikan oleh Allah, tetapi tetap engkau tidak bersyukur kepada-Nya.
7. Allah memerintahkanmu agar memusuhi syetan seraya berkata, “Sesungguhnya syetan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh bagi(mu) karena sesungguhnya syetan-syetan itu hanya mengajak golongan supaya mereka menjadi penghuni neraka yang nyala-nyala” (QS. Al Faathir [35] : 6).
Tetapi kau musuhi syetan dan bersahabat dengannya.
8. Engkau jadikan cacat atau kejelekkan orang lain di depan mata, tetapi kau sendiri orang yang sebenarnya lebih berhak dicela daripada dia.
Nah, bagaimana mungkin do’amu diterima, padahal engkau telah menutup seluruh pintu dan jalan do’a tersebut. Bertaqwalah kepada Allah, shalihkan amalmu, bersihkan batinmu, dan lakukan amar ma’ruf nahi munkar.
Nanti Allah akan mengijabah do’amu itu
Dalam riwayat lain, ada seorang laki-laki dating kepada Imam Ja’far Ash Shiddiq, lalu berkata,
“Ada dua ayat dalam Al Qur’an yang aku paham apa maksudmu?”
“Bagaimana dua bunyi ayat itu?”
Tanya Imam Ja’far. Yang pertama berbunyi “Ud’uuni astajib lakum” (Berdo’alah kepada-Ku niscaya akan Ku perkenankan bagimu), (QS. Al Mu’min [40] : 60).
Lalu aku berdo’a dan aku tidak melihat do’aku diijabah,” ujarnya.
"Apakah engkau berpikir bahwa Allah akan melanggar janji-Nya?" tanya Imam Ja'far
"Tidak," jawab orang itu....
"Lalu ayat yang kedua apa?"
Tanya Imam Ja'far lagi.
"Ayat yang kedua berbunyi
"Wamaa anfaqtum min syai in fahuwa yukhlifuhuu, wahuwa khairun raaziqin"
(Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rizki yang sebaik-baiknya), (QS. Saba [34] : 39).
Aku telah berinfak tetapi aku tidak melihat penggantinya," ujarnya.
"Apakah kamu berpikir Allah melanggar janji-Nya?" tanya Imam Ja'far lagi
"Tidak," jawabnya.
"Lalu mengapa?" Tanya imam Ja'far....
"Aku tidak tahu," jawabnya..
Imam Ja'far kemudian menjelaskan, "Akan kukabarkan kepadamu, Insya Allah seandainya engkau mentaati Allah atas apa yang diperintahkan-Nya kepadamu, kemudian engkau berdo'a kepada-Nya, maka Allah akan mengijabah do'amu. Adapun engkau berinfak tidak melihat hasilnya, kalau engkau mencari harta yang halal, kemudian engkau infakkan harta itu di jalan yang benar, maka tidaklah infak satu dirham pun, niscaya Allah menggantinya dengan yang lebih banyak.
Kalau engkau berdo'a kepada Allah, maka berdo'alah kepada-Nya dengan Jihad Do'a.
Tentu Alah akan menjawab do'amu walaupun engkau orang yang berdosa."
"Apa yang dimaksud Jihad Do'a?" tanya orang itu.
Apabila engkau melakukan yang fardhu maka agungkanlah Allah dan limpahkanlah Dia atas segala apa yang telah ditentukan-Nya bagimu.
Kemudian, bacalah shalawat kepada Nabi SAW dan bersungguh-sungguh dalam membacanya. Sampaikan pula salam kepada imammu yang memberi petunjuk.
Setelah engkau membaca shalawat kepada Nabi, kenanglah nikmat Allah yang telah dicurahkan-Nya kepadamu.
Lalu bersyukurlah kepada-Nya atas segala nikmat yang telah engkau peroleh.
Kemudian engkau ingat-ingat sekarang dosa-dosamu satu demi satu kalau bisa.
Akuilah dosa itu dihadapan Allah. Akuilah apa yang engkau ingat dan minta ampun kepada-Nya atas dosa-dosa yang tak kau ingat.
Bertaubatlah kepada Allah dari seluruh maksiat yang kau perbuat dan niatkan bahwa engkau tidak akan kembali melakukannya.
Beristighfarlah dengan seluruh penyesalan dengan penuh keikhlasan serta rasa takut tetapi juga dipenuhi harapan.
Kemudian bacalah, "Ya Allah, aku meminta maaf kepada-Mu atas seluruh dosaku. Aku meminta ampun dan taubat kepada-Mu. Bantulah aku untuk mentaati-Mu dan bimbinglah aku untuk melakukan apa yang Engkau wajibkan kepadaku segala hal yang engkau rdhai. Karena aku tidak melihat seseorang bisa menaklukkan kekuatan kepada-Mu, kecuali dengan kenikmatan yang Engkau berikan. Setelah itu, ucapkanlah hajatmu. Aku berharap Allah tidak akan menyiakan do'amu," papar Imam Ja'far.
Amin Ya Allah.. .
Sampaikanlah walau hanya 1 ayat,

Semoga bermanfaat.